Monday, June 29, 2020

MALU DAN PRESTIGE KONON..
Apabila hati sudah hitam..


Hari ini pagi-pagi sudah keluar kerana urusan luar. Namun, ada rasa sedih dan terkesan apabila seorang ibu tunggal mesej memberitau yang beliau jatuh di dapur.. Jatuh sebab tak nampak air di lantai kerana lantai dapurnya warna hitam .. dan semasa beliau hantar video, memang nampak air masih kuar, mengalir dari bawah lantai..maknanya lantai tu kenalah dipecahkan. Dan beliau sendiri menangis kerana kesakitan dan menangis jugak mengenangkan kos nak membaiki lantai yang entah berapa harganya..semuanya memerluklan duit.. Lebih-lebih lagi beliau ibu tunggal dengan hanya bergantungan kelangsungan harian dengan menjual kuih muih dan kek..

Kuih-muih beliau ni 1st class, dah sampai istana dan mufti.. dah tersiar di tv jugak..
Bukanlah skop kuih yang nak disampaikan..

Dalam kesibukan dan prihatin hari ini, saya pun terus kongsikan dengan group tuition saya untuk kutipan derma kilat. Tetapi sudah tentu sebagai pencadang, saya mulakan derma kilat itu. Itu tanggungjawab. Tidak lama selepas itu, ada seorang ibu tuition jugak menderma melalui akaun saya.. terus saya transfer jugak on the spot dan flash transaction kepada pemberi dan penerima.
Selesai sudah,,permulaan yang baik..
Terimakasih Allah . 
Syukur Alhamdulillah.

Suasana panas , cuaca panas..

Tup-tup tetiba, tuan empunya badan merayu meminta delete mesej derma!
Huh???
For what?
Why?

Hati panas..

Alkisah,, ibu-ibu perasan berprestige, ada taraf mulia, di taman tempat tinggalnya memandang negatif, memandang serong akan usaha ini, marah-marah dan mengatanya seperti jengkel dan sampah! Tak layak dgn mereka di sana. Almaklum, bini orang-orang kaya, menghamburkan caci-cela, katanya malu, memalukan taman perumahan mereka. Almaklumlah rumah-rumah mereka tergerandang besar, tersergam, satu rumah ada lebih daripada satu kereta, kereta mewah, rumah bertingkat, perabut impot, dan semua kayu jati, yerle rumah orang kaya.. dan nak masuk pulak ke taman mereka ini ada "guard house". Nak masuk rumah pun kena ting tong,.. dari pintu masuk rumah ke pagar dekat 500 meter atau lebih kut.. mereka ni perasan ada klas masing-masing..tak ada taraf dengan golongan miskin.. tiada kepentingan bagi mereka, mengabiskan boghegh jo..ehh

Dan guard ni pun satu macam punya perangai! 
Ok citer guard dulu.. Suatu masa dulu saya hantar anak ibu tunggal ni dan anak seorang captain balik ke rumah mereka. dah pesan dengan anak-anak captain, nanti sampai kat guard tu tunjuk muka,, sebab aunty tak bawa IC, dan sewelnya pulak tingkap kete saya tak boleh bukak, rosak, tidak berfungsi, kete orang miskin papa kedana, begitula.. dipendekkan citer, saya tak dibenarkan masuk.. ok awak bawaklah 3 budak-budak ni balik.. Hantar ke rumah mereka masing-masing dengan selamat, saya arah guard tu. Ehh tak nak pulak. Saya dah give up.. pada hal dah ratusan kali keluar masuk atas urusan mengajar di kawasan tu, dan memang dialah yang selalu jaga..takkan tak kenal..sombong lah tu. Dengar khabar guard ni jugak seorang ustaz.. itulah apabila hati telah hitam...menyusahkan orang, Tuhan murka.. Padahal saya juga melakukan fardhu kifayah menolong orang yang anaknya habis waktu sekolah yang panik tak terfikir jiran, yang dia terfikir ialah saya  sebab saya ini guru tuisyen anaknya. Ketika itu beliau baru on the way balik dari Shah Alam.. jem teruk..mana tau jalan raya buat hal! Jadi tak sempatlah kiranya nak ambil anak yang baru darjah satu. Of courselah saya tak menolak, orangnya saya kenal, tambahan anak murid saya. Atas nama tanggungjawab dan prihatin  maka saya pun pergi.. tak sangka lah pulak guard ni punyalah snobbish. Tiada pilihan, lama-lama dia pun benarkan saya masuk. Laknat betul, hala balik punya lambat dia buka palang.. memang busuk hati.. dah hampir maghrib masa tu..siap tarik hand break menunggu palang dibuka.. Perghhhh

TUHAN TIDAK MEMBEZA-BEZAKAN MANUSIA, 
YANG MEMBEZA-BEZAKAN ADALAH 
MANUSIA ITU SENDIRI..
BERSYUKURLAH DENGAN KURNIA DAN ANUGERAHNYA,
NAMUN INGAT DALAM KANTUNG KECIL PUN ADA HAK ORANG LAIN...
TUHAN NILAI KEIKHLASAN DAN KASIH SAYANG..
ALLAH UJI SIFATNYA DENGAN PERBUATANNYA...

ALLAH BENARKAN SETAN MENGAMBIL PERANAN, PERJANJIAN SEWAKTU IBLIS INGKAR TUNDUK KEPADA MANUSIA HANYA KERANA MANUSIA DIJADIKAN DARIPADA TANAH DAN MEREKA DARIPADA API .
KALAU NAK TAU BACALAH SEMULA .
RAJIN-RAJINLAH MENCARI..
TETAPI TEGUHKAH KITA MELAWAN SETAN?
KENALKAH KITA SIAPA SETAN?,


Kembali kepada story asal, kesian hamba Allah ni kena teruk oleh orang-orang kaya yang rata -riti pompuan.. Siap call dan mesej dia lagi.. tungtang-tuntang mesej masuk.. Tak puas hati dengan hantaran mesej, ada pulak dua tiga oarng yang call!
Ada otak ker?

Dah lah dia tengah sakit badan akibat jatuh, feninnn fikir nak repair lantai lagi. dan dapur itulah satu-satunya talian hayat beliau.. Salahkah kita bantu sorang sedikit? Perkara-perkara kebaikan  kalau disegerakan tanpa persoal, tanpa pertikai, tanpa ingkar, tanpa berdolak-dalik, maka Allah akan beri ganjaran segera jugak. Ikhlas dan redha keranaNya. Ini tidak berlaku, sebaliknya berkata memalukan pulak!! "warga kaya" orang kaya meminta derma.

Untuk clear the air, in the 1st place, dia ni tak minta derma pun, cuma meluah-kongsi perasaan dengan saya.  Beliau ni ada dalam group tuisyen saya dan saya ni  tahu susah senangnya, takkan saya nak citer. Yang saya minta dalam group tuition, kalau nak derma-bantu, tak nak tak pa, tiada paksaan.. Islam pun tak paksa,, Bukan luar daripada group. Namun lagi ramai lagi meriah dan akan cepatlah selesai masalahnya..
Fardhu kifayah..

Ni,  nak buka citer sikit yang tersimpan.. anaknya sangat comel.. sah-sah anak yatim. Umur beberapa hari ayahnya meninggal dunia, jadi tak kenal ayah, tak merasa kasih sayang, dan bergelut pulak dengan penyakit athsma .. Sewaktu raya takda pun yang derma untuk anak yatim ni.. setakat cakap nak rujuk sana sini semua orang boleh buat.. tetapi tindakan! 

Maka kata wanita ni, malukan "Warisan Setia" sahaja. Dia sound direct..
Mudah-mudahan dia akan menanggung malu besar, sangat besar.
Kalaulah membantu ibu orang dalam kesusahan pun boleh memalukan, biarlah dia tahu erti malu yang sebenar! 

SIAPAKAH YANG DIKATAKAN MUSUH UTAMA ORANG ISLAM?
SIAPAKAH DI SEBALIK ATAU DI BELAKANG GOLONGAN ISLAM ARAB INI?

MEREKA IALAH SYAITAN MANUSIA DAN SYAITAN JIN SERTA KUNCU-KUNCUNYA.
(QURAN: 6 : 112)

JIKA KITA TERKENA ATAU KALAH DENGAN GANGGUAN SYAITAN, BERMAKNA ADALAH SALAH SATU ATAU KEDUA-DUA YANG TELAH KITA LAKUKAN, IAITU SAMALAH KITA TELAH IKUT SYAITAN .ATAU KITA TELAH SYIRIK!
(QURAN : 16:99-100)

JADILAH INSAN YANG BERBUDI,BERTIMBANG RASA.
PUPUKLAH KASIH SAYANG DAN HORMAT MENGHORMATI ANTARA SATU SAMA LAIN..JAUHI BONGKAK,TAKBUR DAN RIAK!
KALAU TUHAN NAK AMBIK, TAK DAN APA-APA PUN..
MENTANG-MENTANG KAMU SENANG, JANGAN INGAT TUHAN BOLEH DI RASUAH, KIFARAH ADA LA..

Sunday, June 28, 2020

NAMA  AKU PELAJAR!

Aunty Yumee seorang yang enthusiastic, positif, dinamik dan punya wawasan yang jauh.. Wawasan penyambung warisan, wawasan gilang-gemilang,cemerlang dan terbilang untuk anak-anak tuisyennya demi anak cucu. Oleh yang demikian sesiapa sahaja yang menginjak kaki ke rumahnya, pasti cita-cita menggunung akan dipantakkan ke dalam kepala masing-masing!

Keinsafan, perjuangan, kecapaian ke kemuncak pasti ruang yang harus dipenuhi dalam minda masing-masing. Mereka harus bertanggungjawab, berdisiplin, demi mencapai puncak jaya dan menjadi seorang yang berkarismatik lagi berguna pada masa hadapan. Merekalah waris-waris yang bakal ditinggalkan,biarlah benar,biarlah betul dijalanNya..Semua itu harus digarab dari awal,dari rebung..melentur buluh biarlah dari rebung..dan kalianlah rebung itu. Harus dilentur seawal yang mungkin..Akedemik mantap tapi tiada maknanya jika kosong tiadaNya..

Keinsafan..
Lahirnya ke dunia ini ada tanggungjawab. Ada tugas. Maka carilah.. Tuhan tidak melahirkan kamu tanpa sebab. Akan kamu lalui fasa-fasa kehidupan..satu demi satu..Perubahan dari tahun ke tahun, dari masa ke semasa..Tuhan tetap Esa, Tuhan tetap Satu. Maha Berkuasa diatas segala sesuatu di mukabumi ini.. Tuhan suruh buat yang baik-baik. Apakah yang baik-baik itu? Sebab itu kamu wajib belajar. Ibaratnya sekarang kamu tidak setahun jagung..
Belajar apa?
Cari apa?
Nak cari dimana?

Insaflah,, sedarilah bahawa kita sudah terpisah daripada ibubapa diumur 2 tahun iaitu tatkala kita beecerai susuan ibu kandung. Selebihnya adalah tanggung jawab ibubapa sehingga kita dewasa dan matang fikiran. Lalu kita menangis-sendu sewaktu pisahan yang pertama itu. Ada yang terminum susu lembu.. Tetapi insaflah, ketahuilah..tangisan kita itu bukan sebab lapar, tetapi itulah permulaan perjalanan di dunia yang fana ini..Menatih-natih cari-bina kehidupan dan kemudian mencari jalan pulang semula. Adalah sunnah Nabi, memisahkan susuan tatkala umur 2 tahun. Kita menangis sepertimana tatkala kita dilahirkan ke dunia. Menangisnya kita waktu kelahiran itu kerana ketahuan dunia ini penuh pancaroba, kesedihan terpisah dari syurga, apakah aku akan dididik memikul tanggungjawabNya dan amanahNya dijalanNya, adakah aku akan dididik dengan sempurna? Dan yang paling ditangisi.. apakah aku akan kembali-balik ke sisiNya seperti aku datang dulu? Itu yang ditangiskan.. Sesungguhnya, Melayu tidak mati, Melayu balik..entiti jasad hanya makanan cacing.. Roh ke mana? Nak ke mana roh kita? Nyawa Dia punya.. yang akhirnya kita tak punya apa-apa pun,, sehelai bulu roma pun tidak mampu kita buat..jadi siapalah aku..

Kembalilah kepada surah alfatihah..
Belajar..
Kaji 7 ayat itu dalam-dalam..
HU ALLAH HU AHAD.

Perjuangan..
Perjuangan berpandukan al-Quran. Pegang Islam Quran, bukan Islam Arab yang mengelirukan lalu menimbulkan Islamafobia sejak dulu. Inilah yang terjadi di seluruh dunia berpanjangan sehingga sekarang. Siapa yang bertanggung jawab? Tepuk dada tanya selera.. Perjuangan menentang kemungkaran dan kemunafikan.. Quran kata menjelaskan kebenaran adalah para syuhada, jangan ingat berperang menegakkan Islam sahaja para syuhada..tetapi bukan mudah.. Besar cabarannya sebab setan-setan bertopengkan manusia ramai tidak kenampakan! Nampak betul tapi salah, itulah janji-janji yang dituntut oleh mereka sewaktu diturunkan daripada syurga..jadi amalkanlah Auzubillahiminasyaitanirrajiiimmm. Ya Allah, Engkau rejamkanlah segala jenis iblis dan syaitan, syaitan manusia dan syaitan jin yang mengganggu aku, mengganggu fikiran aku dan diri aku dan keluarga aku.

Kecapaian puncak
Dengan izinNya jua, kamu akan sampai ke sana..betulkan langkah, semangat tekad untuk membantu orang lain keranaNya. Berjaya keranaNya, untukNya, dijalanNya.. KeranaNya.. Maka akan berkatlah hidup kamu keranaNya jua. Jangan lupa berbudi bahasa, berjiwa dan penuh hormat dan kasih sayang. Bukan semua yang diberiNya kita punya, ada haq untuk orang lain dalam rezeki yang kita perolehi.. Maka ketahuilah sebaik-baiknya.

Jangan bersubahat dengan kemungkaran dan kemunafikan, kelak kifarahNya yang tidak terduga.

Tuntasnya, jadilah insan ..
Macam mana ??
Tugas kamu ialah belajar, jadi belajarlah.
Jadilah seorang pelajar yang berhemah..




9:40pm
28/6/2020




Saturday, June 27, 2020

JAWATAN PM KE 9 DARI KACAMATA ATOQ,
CALUN-CALUNNYA IALAH...


Banyak perkara lain yang lebih utama yang harus diutamakan untuk negara ini. Antara yang paling utama ialah menganjakkan peningkatan ekonomi dan kestabilan kaum, hidup harmoni dan bertolenransi antara satu sama lain yang lebih canggih dan bermakna. Bukan lagi perebutan jawatan. Bukan lagi menuding-nuding. Justeru, Malaysia sebagai sebuah negara majmuk dalam berbagai aspek,budaya, agama dan fahaman, seharusnya pentadbir dah tahu , dah bersedia menseimbangkan norma-norma kehidupan rakyat jelata. Jarak umur, dan kehendak mereka harus dikaji selidik. Sudah-sudahlah syok sendiri! Berkecamuk tak habis-habis.. berebut-rebut nak jadi PM! Bagai ketam mengajar anaknya berjalan lurus!

Tajuk akhbar online, nampaknya Tun Mahathir masih cuba menentukan kuasa.. Apakah difikirannya, dia masih hebat? Dia masih favourite rakyat? Apa yang jelas ialah makin dia mengeluarkan kata dan statement, makin dia berlagak digeruni, maka makin ramailah yang makin mual dan makin muak.. bak kata pepatah Melayu dia ni seperti tikus membaiki labu, makin dibaiki makin rosak jadinya.  Tidak adakah orang disekelilingnya menegur sedikit tentang keputusan dan pendapatnya? Atau tunduk mendungu diri,yes sir? Tidak sedarkah impaknya kepada keseluruhan Malaysia?

Atoq mencalunkkan Shafie Apdal sebagai PM ke 9,Anwar TPM 1 dan Mukriz TPM2..Katanya sah pencalunan itu dibuat bersama PAN, Warisan dan DAP. Dah berbincang, dah sepakat dah sebulat suara semasa dalam satu pertemuan di Rumah Tetamu Sabah baru-baru ini. PKR juga dikatakan bersetuju. Konon yang penting mereka punyai pendirian tegas dan rakyat tahu pendirian mereka! Konon lagi pencalunan ini boleh merapatkan hubungan Semenanjung dengan Sabah dan sarawak! Konon lagi, perjuangan untuk membersihkan kerosakan oleh kerajaan terdahulu dapat diteruskan.. Konon lagi pemimpim-pemimpin parti pembangkang tidak mengutamakan kedudukan dan jawatan!

Ironiknya, dalam sebuah kenyataan lain DAP dan PAN mahu bincang dulu..beb! Perbincangan di peringkat kepimpinan pusat kedua-dua parti itu terlrebih dahulu.  Macam ada yang tak kena dan tak puas hati. Lain hulu lain parang.. PAN biasalah..mesti ikut "bos"! Semua orang tahu.. Orang bodoh macam saya pun tahu, sekilas ikan di air dah tahu jantan betinanya..cewahhh mberlagak pandailah pulak.. Tuntasnya, mana sepakatnya, mana sebulat suaranya?

Nak tanya, apa pendirian mereka ni? Apa peranan mereka? Sengsara 22 bulan!Yang jelas, mereka  rasai nikmat duduk di kerisi empuk selam 22 bulan, bergaji lumayan, ada super, ada allowance ada berbagai-bagai  keistimewaan duniawi, medan  membantai dan berbahas perkara-perkara yang jarang-jarang mengenai kepentingan  rakyat di parlimen, menunjukkan keperibadian yang tidak berhemah lagi rendah tahap budaya murni mereka. Ndak lagi kah orang-oarng begini mengepalai rakyat? Teras budaya Malaysia ialah budaya Mealyu.. dan kena tahu pulaklah Melayu tu apa.. Tetapi disanalah bermulanya nilai murni yang harus ada pada seseorang pemimpin. Pemimpin ni hamba rakyat , maka jadilah pemimpin  yang berhemah tinggi! Ciri-ciri yang tiada semasa 22 bulan!

Apakah selama ini hubungan Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak tidak baik? Peliknya!

Hendak membersihkan kerosakan oleh kerajaan terdahulu?
Kerajaan 22 bulan?
Seram!
Geli geleman!
Wahai rakyat, jangan pisang berbuah dua kali..jangan mendengar guruh dilangit air dalam tempayan d curahkan..makan hati berulam jantung..beb....

Pemimpin  tidak utamakan kedudukan dan jawatan.. Alahai.. lembut gigi daripada lidah ni. Kalau  takda kedudukan, takda nama jawatan, jadi kita nak tahu mereka buat apa? Lagi bahaya dan mencurigakan.. Kerja di awang-awangan, macam mabuk ketum la pulak..

Oyer.. seorang pemimpin DAP yang pernah dalam G17, juga dah muak dengan ungkapan-ungkapan Atoq yang sering mengata Melayu malas! Katanya ini dah tektik lapuk.. oo rupa-rupanya tektik!!

Oyer jugak..
 Apakah Shafie bakal kena kencing?
Dia kan ada kes?
Senang-senang le Atoq tendang dia , kalau tidak dengar kata..
Macam dengan Najib..bergaduh sampai nak mati, melibatkan negara pulak tu..
Dahsyat!
Lantak kau orangla....
MELAYU BACUL! : KATA MAHATHIR

Setuju dengan pendapat Tun Carlos dalam hantaran ke FBnya baru-baru ini. Mahathir kata Melayu bacul kerana tidak mahu bersama DAP. Justeru, kalau DAP tu suci sangat, Atoq jer le yang masuk DAP! Bubarkan BERSATU! Dah tua-tua pun masih tak sedar-sedar diri. Sudah-sudahlah Atoq.. Penat dan mual dengan segala macam statement Atoq sejak semenjak ni!

Yer, suatu masa dulu, selama 22 tahun Atoq ialah seorang yang disegani seantero dunia. Di segani, dihormati, digeruni lalu kata-kata Atoq semua digunapakai tanpa ada rasa segan silu. Sebut sahaja Malaysia semua orang tau, semua kenal, semua tahu... Tetapi itu dulu..Atoq segak, tampan,bertenaga dan suara lantas ..Pergerakan celas-celus, meyakinkan! 

Dah jauh berbeza wahai Atoq..
bagai langit dengan bumi.. 
Kita dah semakin tua, bak kata Mufti Perlis dah seperti dinasaur tua!
Bak kata ramai orang pula,rumah kata pergi, kubur kata mari..

Dalam banyak hal, Atoq dah banyak melatah, dah banyak terhantuk dan sakitnya memang terasa.
Cita-cita Atoq hendak perbaiki negara ini memang murni, tetapi siapa yang mulakan akan kerosakan-kerosakan itu? Bertimbun! Masih sempatkah , wahai Atoq? Almarhum Ustaz Fadhil Noor sebelum balik pernah menyatakan bahawa andai Tun Mahathir dipanjangkan umur,ia  hanyalah untuk melihat kerosakan-kerosakan yang dilakukannya. 
Lalu apakah kerosakan-kerosakan itu?
Lalu apakah badi-badi jahanam yang ditanamnya?
Lalu mengapakah Tun beria-ia pulak mengatakan Orang Melayu bacul?
Apa hak Tun menyuruh orang Melayu tunduk kepada DAP? 
Dan kerana tidak bekerjasama dengan DAP, sewenang-wenangnya Tun menuduh orang Melayu bacul!
Perghhhh...
Sesedap mulut sesedap rasa! 

Ingat lagikakah wahai warga pembaca dan pemerhati politik tegar..Dalam banyak perkara menyentuhnya dan mengecamnya secara peribadi, Tun diam tidak bertaring! 
Kuku-kukunya tidak tersembul mencakar! Dan anihnya mereka ini dinobatkan pula ke parlimen! berbagai jawatan penting disandang mereka. Masih Tun tidak berkuasa walau dia orang penting negara! Orang nombor satu! Lantas , semasa 22 bulan PH memerintah, Tun disusun atur memerima berbagai anugerah daripada luar negara.. Bagi yang arif, itu hanyalah sebuah drama dan retorik! Bagi pengikut tegarnya, wahhhh seolah-olah dia mati hidup semula! Banyak "recognition" dari seluruh pelusuk tanah dunia.. Rupa-rupanya goyah melanda dalam selimut...

Jadi siapa yang bacul?

Tontoni video-video tokoh-tokoh DAP  yang berapi-rapi berkempen mengata ,menghasut,menghina dan mengeji Tun, tokoh-tokoh ini yang menghasut dan kata-kata yang jauh daripada kesopanan dan kesusilaan dalam prinsip Rukunegara! Antaranya ada yang kata Tun seorang yang banyak rasuah,dan disambut dengan tepuk sorak oleh hadirin tanda menyokong. Di suatu kempen, seseorang memperlekehkannya  bahawa mendiang seorang bekas Presiden sedang menunggunya untuk bermain mahjong! Menghina dan mengeji, apa Tun komen ..tiada.. ironiknya yang mengeji dan menghinanya ini diangkat menjadi Timbalan Yang DiPertua Dewan Rakyat!

 Dan semasa PH mentadbir  negara selam 22 bulan, PH jahanamkan Tabung Haji terlebih dahulu! Apa motiifnya? Dan Tun diam.. bukankah Tun terlebih bacul? Dan kemudian diikuti dengan syarikat-syarikat GLC yang lain.. Semua hak orang Melayu!!!!!! Tun kata apa??? Yelek .

Jenayah rasuah seorang Menteri pun dinobatkan. Pegang jawatan Menteri yang penting pulak tu .. Masakan boleh jadi menteri sedang kes mahkamahnya belum selesai ketika itu! Macam tiada pendirian, macam remote control! Rakyat dibodohkan! Dalam ramai-ramai yang menyumpah tu pasti ada yang makbul, maka bertahanlah selama 22 bulan sahaja.. itupun sebab Tun terlatah. Rakyat Malaysia bersyukur! Dan berbagai-bagai cara pulak oleh mereka untuk dapatkan pentadbiran semula! Ada yang bermain dibelakang tabir..Siapakah yang bacul ini? Sedangkan perlantikan PM TSMY adalah di atas daya usaha DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Dah semua sudah memberi mandat! Siapa yang ingkar dan sangat berani? Siapa pemerintah? Siapa pentadbir? Itulah pasal  Melayu kata berundurlah ketika kamu di kemuncak,nescaya kamu dihormati! Kalau tidak sasau..beb. Sepandai-pandai Tun ada jugak bodohnya.. Tuhan semesta alam, Bismillah, Kun...

Dalam pentadbiran PH , tulisan jawi pun dijadikan isu! Tun gagal mengotakan janjinya memertabat tulisan jawi di tahap 2 persekolahan. Apabila ditentang hebat oleh tokoh-tokoh penghasut, terus terdiam , tidak terkata apa, sedangkan dia seorang Perdana Menteri! Kifarah ..

Tun meluahkan rasa amat malu apabila orang Melayu percaya DAP akan hancurkan orang Melayu jika berada dalam kerajaan Malaysia.. Ehh bukan dah terbukti ker selama 22 bulan tu?

Tun kata orang Melayu mempunyai banyak kelemahan. Gagal berniaga dan perusahaan, miskin , terlibat dgn dadah, jenayah dan rasuah. Dalam penjara ppun banyak orang Melayu katanya.. Wahai Tun, siapakah penjual dan pengedar dadah ini? Tycoons.. Mereka banyak duit, boleh musnahkan masa depan anak-anak muda Melayu. Jangan terkejut atau belum dibongkar yang kebanyakan penghuni pusat-pusat tahfiz adalah puak-juak anak-anak orang ternama dan tersohor. dalam transit ke pusat pemulihan dadah atau sebaliknya. Dalam penjara ramai orang Melayu sebab mereka tertekan dengan peghidupan yang dibentangkan oleh pentabiran.. sepatutnya bertambah makmur tetapi kerakusan para pentadbir melemahkan norma-norma kehidupan mereka. Lihat anak-cucu Tun sendiri. Wang ringgit melambak, halalkah? Bahagiakah hidup mereka? Jiwa tenteramkah? Atau bercelaru jugak? Menuding tu sedap dan syok tetapi empat jari kembali kepada diri sendiri!

Omputih penipu dan bermuslihat. Bukan sahaja omputih hendakkan Tanah Melayu,malah semua yang berkuasa .. Istimewanya Tanah Melayu selagi bumi ini bersendikan "Melayu". MELAYU itu ialah dunia alam pemikiran Ketuhanan, budaya yang memerintah!

Tun bergaduh, bersengketa degan Najib, tetapi Tun heret segalanya dalam permasalahan peribadi kalian.. amat malu jugak! Kesal dengan pandangan Tun suruh orang Melayu menyokong sebuah parti munafik..

Biasalah dalam agenda politik, pasti ada yang tersembunyi.. 
Sudah-sudahlah tu..
Dah naik mual dan muak!






ANAK2 BERTUAH AUNTY YUMEE...



Pelajar-pelajar Aunty Yumee gembira pada peringkat awal sekolah cuti akibat covid, tetapi alangkah sedihnya apabila mengetahui mereka harus duduk di rumah sahaja..nak keluar pagar rumah pun tidak dibenarkan. Farhan student Aunty Yumee mengalami kejutan ini. Farhan yang suka belajar, berumur 12 tahun merupakan pelajar cemerlang, suka datang tuisyen, tidak kira masa sebab sememangnya kelas-kelas yang Aunty Yumee kendalikan tiada had masa, omputih kata no time limit, datanglah selagi kamu termampu nak datang..no extra charges..

Maka bermulalah siri "online classes"!

Hmmmmm..kekadang suara dengar dengan jelas, kekadang jauhhhhhhhhh sayup-sayup kedengaran, seolah-olah pelajar sedang berada di kutub utara berkawan dengan polar bear..Haha.. inilah pengalaman dengan si comel Khairina lalu kawan-kawan online class memanggilnya dengan jolokan Polar Bear. Kisahnya, Khairina ni tinggal pula berdepanan dengan rumah Aqyla, pelajar tahun 6 juga. Aqyla ni, manja-manja tetapi agresif dalam pelajarannya. Hinggakan tulisannya kadang sukar di baca.. Malah Aqyla dan Khairina ni, mereka boleh terjerit-jerit dari balkoni rumah masing-masing. Aqyla dan Khairina sering bergaduh semasa online,berebut siapa jawap dulu.. acah siapa lebih pandailah tu.. Tapi suara Khairina tenggelam-timbul macam sampan terolang-aling d tengah samudera luas,tambahan pula selalu ada gangguan gigitan nyamuk..penternak nyamuk kata Deena.


Deena, pelajar tahun 6. Cantik giler..Package yang lengkap. murah senyum. Awal dulu apabila datang ke tuisyen Aunty Yumee, hati dah berkata, comelnya budak ni tetapi apabila test maths..hmmm ... jari-jemarinya asyik terkucil, yang mudah pun salah..kemudian setelah beberapa lama, Deena dah boleh mengajar rakan-rakannya..Deena yang tak kedekut senyuman, kalau sedang dimarah pun, Deena tetap mencatat sesuatu di buku notanya..dia catat isi kandungan marah Aunty Yumee, beb..kata catatannya,mulut aunty senget,  habihlah apabila aunty marah, adeehhhhh, wahai aunty ampunkan kami, wahai aunty kami ingat, kami tak buat silap lagi.. wahai aunty, aunty betul.. bla bla..
Ada ker.....


Farhan, Muaz dan Iman, ini tiga jejaka idaman suatu masa nanti. Farhan pakar Mathematics. Farhan telah dinobatkan sebagai pelajar terbaik subjek Maths di sekolahnya pada tahun 2019. Tetapi Aunty Yumee selalu berpencak silat dengannya dalam mata pelajaran lain. kadang nak perang sabil pun ada.. Banyak mengelat..Paling tak suka kalau buat penulisan...

Muaz, anak yang baik.. Ketua Pengawas dan ahli olahraga sekolah. Sebelum covid, sangat aktif di padang. Tidak ada acara yang dia missed, semua ditibainya, menang pulak tu.. Anak ibu yang sangat sopan dan rival utama kepada Farhan. Muaz bersama-sama abangnya Muhaimin, bercita-cita hendak membela ibunya, seorang ibu tunggal yang juga menjaga kedua-dua atok dan neneknya yang sudah tua dan ibunya menanggung segala nafkah rumahtangga..

Iman , paling kecik dan rendah, tapi tidaklah ketot. Bibir ala-ala Angelina Jolie.. asli tau, bukan dibedah-bedah! Iman anak yang taat, berperawakan seorang agamawan adalah pembaca doa dalam apa-apa majlis di Aunty Yumee Tuition. Mengepalai doa bagi pihak rakan-rakan..


Begitupun Irene, seorang kakak sulong yang bertanggung jawab. Baru-baru ni Irene berjaya membuat 40 soalan Mathematics dalam masa setengah jam! Biar betik! Terkejut beruk Aunty Yumee! No mistakes..sambil menyelesaikan, mulutnya potpet -potpet seiring memahami soalan..okay dah, next number aunty, katanya. Perghhhhhh..

Irene ni Aunty Yumee mistaken dengan Alissa, mereka macam adik beradik, ada iras-iras.. bezanya kalau Alissa ketawa, matanya sepet dan suara perlahan .. Irene , gelak dia besar, Alissa tak, kadang bunyi macam tikus ..ceritt cerit.. hahaha.. Alissa jugak kakak sulong, bertanggung jawab terhadap adik-adik.

Rayyan, pelajar lama tapi baru masuk semula.. dah lupalah kira cara aunty..hehe, macamne aunty.. Dulu Rayyan tak suka aunty Yumee sebab garang..

Siapa jer yang suka Aunty Yumee...haha..
Guru tuisyen yang sangat garang..
Mesti attentive tatkala dia terangkan sesuatu, jangan cari pasal..
Buku boleh terbang,beb..
Tetapi, hasilnya.. memang terbukti!


Apa-apa pun anak-anak Aunty Yumee ni semua hebat-hebat belaka. Masing-masing adalah harapan masa depan untuk agama, nusa dan bangsa. Mereka pemangkin kejayaan negara pada masa depan bersama-sama dengan pelajar Malaysia yang lain. Mereka adalah kalangan pelajar yang ulung belajar cara Melayu, kembali kepada KeTuhanan!

APA JAMINAN ANDA D LUAR SANA DARIPADA SERANGAN COVID-19?! Covid kembali menyerang..fasa ke berapa? Entahlah.. Yang pasti covid-19 dah ada...