Monday, June 29, 2020

MALU DAN PRESTIGE KONON..
Apabila hati sudah hitam..


Hari ini pagi-pagi sudah keluar kerana urusan luar. Namun, ada rasa sedih dan terkesan apabila seorang ibu tunggal mesej memberitau yang beliau jatuh di dapur.. Jatuh sebab tak nampak air di lantai kerana lantai dapurnya warna hitam .. dan semasa beliau hantar video, memang nampak air masih kuar, mengalir dari bawah lantai..maknanya lantai tu kenalah dipecahkan. Dan beliau sendiri menangis kerana kesakitan dan menangis jugak mengenangkan kos nak membaiki lantai yang entah berapa harganya..semuanya memerluklan duit.. Lebih-lebih lagi beliau ibu tunggal dengan hanya bergantungan kelangsungan harian dengan menjual kuih muih dan kek..

Kuih-muih beliau ni 1st class, dah sampai istana dan mufti.. dah tersiar di tv jugak..
Bukanlah skop kuih yang nak disampaikan..

Dalam kesibukan dan prihatin hari ini, saya pun terus kongsikan dengan group tuition saya untuk kutipan derma kilat. Tetapi sudah tentu sebagai pencadang, saya mulakan derma kilat itu. Itu tanggungjawab. Tidak lama selepas itu, ada seorang ibu tuition jugak menderma melalui akaun saya.. terus saya transfer jugak on the spot dan flash transaction kepada pemberi dan penerima.
Selesai sudah,,permulaan yang baik..
Terimakasih Allah . 
Syukur Alhamdulillah.

Suasana panas , cuaca panas..

Tup-tup tetiba, tuan empunya badan merayu meminta delete mesej derma!
Huh???
For what?
Why?

Hati panas..

Alkisah,, ibu-ibu perasan berprestige, ada taraf mulia, di taman tempat tinggalnya memandang negatif, memandang serong akan usaha ini, marah-marah dan mengatanya seperti jengkel dan sampah! Tak layak dgn mereka di sana. Almaklum, bini orang-orang kaya, menghamburkan caci-cela, katanya malu, memalukan taman perumahan mereka. Almaklumlah rumah-rumah mereka tergerandang besar, tersergam, satu rumah ada lebih daripada satu kereta, kereta mewah, rumah bertingkat, perabut impot, dan semua kayu jati, yerle rumah orang kaya.. dan nak masuk pulak ke taman mereka ini ada "guard house". Nak masuk rumah pun kena ting tong,.. dari pintu masuk rumah ke pagar dekat 500 meter atau lebih kut.. mereka ni perasan ada klas masing-masing..tak ada taraf dengan golongan miskin.. tiada kepentingan bagi mereka, mengabiskan boghegh jo..ehh

Dan guard ni pun satu macam punya perangai! 
Ok citer guard dulu.. Suatu masa dulu saya hantar anak ibu tunggal ni dan anak seorang captain balik ke rumah mereka. dah pesan dengan anak-anak captain, nanti sampai kat guard tu tunjuk muka,, sebab aunty tak bawa IC, dan sewelnya pulak tingkap kete saya tak boleh bukak, rosak, tidak berfungsi, kete orang miskin papa kedana, begitula.. dipendekkan citer, saya tak dibenarkan masuk.. ok awak bawaklah 3 budak-budak ni balik.. Hantar ke rumah mereka masing-masing dengan selamat, saya arah guard tu. Ehh tak nak pulak. Saya dah give up.. pada hal dah ratusan kali keluar masuk atas urusan mengajar di kawasan tu, dan memang dialah yang selalu jaga..takkan tak kenal..sombong lah tu. Dengar khabar guard ni jugak seorang ustaz.. itulah apabila hati telah hitam...menyusahkan orang, Tuhan murka.. Padahal saya juga melakukan fardhu kifayah menolong orang yang anaknya habis waktu sekolah yang panik tak terfikir jiran, yang dia terfikir ialah saya  sebab saya ini guru tuisyen anaknya. Ketika itu beliau baru on the way balik dari Shah Alam.. jem teruk..mana tau jalan raya buat hal! Jadi tak sempatlah kiranya nak ambil anak yang baru darjah satu. Of courselah saya tak menolak, orangnya saya kenal, tambahan anak murid saya. Atas nama tanggungjawab dan prihatin  maka saya pun pergi.. tak sangka lah pulak guard ni punyalah snobbish. Tiada pilihan, lama-lama dia pun benarkan saya masuk. Laknat betul, hala balik punya lambat dia buka palang.. memang busuk hati.. dah hampir maghrib masa tu..siap tarik hand break menunggu palang dibuka.. Perghhhh

TUHAN TIDAK MEMBEZA-BEZAKAN MANUSIA, 
YANG MEMBEZA-BEZAKAN ADALAH 
MANUSIA ITU SENDIRI..
BERSYUKURLAH DENGAN KURNIA DAN ANUGERAHNYA,
NAMUN INGAT DALAM KANTUNG KECIL PUN ADA HAK ORANG LAIN...
TUHAN NILAI KEIKHLASAN DAN KASIH SAYANG..
ALLAH UJI SIFATNYA DENGAN PERBUATANNYA...

ALLAH BENARKAN SETAN MENGAMBIL PERANAN, PERJANJIAN SEWAKTU IBLIS INGKAR TUNDUK KEPADA MANUSIA HANYA KERANA MANUSIA DIJADIKAN DARIPADA TANAH DAN MEREKA DARIPADA API .
KALAU NAK TAU BACALAH SEMULA .
RAJIN-RAJINLAH MENCARI..
TETAPI TEGUHKAH KITA MELAWAN SETAN?
KENALKAH KITA SIAPA SETAN?,


Kembali kepada story asal, kesian hamba Allah ni kena teruk oleh orang-orang kaya yang rata -riti pompuan.. Siap call dan mesej dia lagi.. tungtang-tuntang mesej masuk.. Tak puas hati dengan hantaran mesej, ada pulak dua tiga oarng yang call!
Ada otak ker?

Dah lah dia tengah sakit badan akibat jatuh, feninnn fikir nak repair lantai lagi. dan dapur itulah satu-satunya talian hayat beliau.. Salahkah kita bantu sorang sedikit? Perkara-perkara kebaikan  kalau disegerakan tanpa persoal, tanpa pertikai, tanpa ingkar, tanpa berdolak-dalik, maka Allah akan beri ganjaran segera jugak. Ikhlas dan redha keranaNya. Ini tidak berlaku, sebaliknya berkata memalukan pulak!! "warga kaya" orang kaya meminta derma.

Untuk clear the air, in the 1st place, dia ni tak minta derma pun, cuma meluah-kongsi perasaan dengan saya.  Beliau ni ada dalam group tuisyen saya dan saya ni  tahu susah senangnya, takkan saya nak citer. Yang saya minta dalam group tuition, kalau nak derma-bantu, tak nak tak pa, tiada paksaan.. Islam pun tak paksa,, Bukan luar daripada group. Namun lagi ramai lagi meriah dan akan cepatlah selesai masalahnya..
Fardhu kifayah..

Ni,  nak buka citer sikit yang tersimpan.. anaknya sangat comel.. sah-sah anak yatim. Umur beberapa hari ayahnya meninggal dunia, jadi tak kenal ayah, tak merasa kasih sayang, dan bergelut pulak dengan penyakit athsma .. Sewaktu raya takda pun yang derma untuk anak yatim ni.. setakat cakap nak rujuk sana sini semua orang boleh buat.. tetapi tindakan! 

Maka kata wanita ni, malukan "Warisan Setia" sahaja. Dia sound direct..
Mudah-mudahan dia akan menanggung malu besar, sangat besar.
Kalaulah membantu ibu orang dalam kesusahan pun boleh memalukan, biarlah dia tahu erti malu yang sebenar! 

SIAPAKAH YANG DIKATAKAN MUSUH UTAMA ORANG ISLAM?
SIAPAKAH DI SEBALIK ATAU DI BELAKANG GOLONGAN ISLAM ARAB INI?

MEREKA IALAH SYAITAN MANUSIA DAN SYAITAN JIN SERTA KUNCU-KUNCUNYA.
(QURAN: 6 : 112)

JIKA KITA TERKENA ATAU KALAH DENGAN GANGGUAN SYAITAN, BERMAKNA ADALAH SALAH SATU ATAU KEDUA-DUA YANG TELAH KITA LAKUKAN, IAITU SAMALAH KITA TELAH IKUT SYAITAN .ATAU KITA TELAH SYIRIK!
(QURAN : 16:99-100)

JADILAH INSAN YANG BERBUDI,BERTIMBANG RASA.
PUPUKLAH KASIH SAYANG DAN HORMAT MENGHORMATI ANTARA SATU SAMA LAIN..JAUHI BONGKAK,TAKBUR DAN RIAK!
KALAU TUHAN NAK AMBIK, TAK DAN APA-APA PUN..
MENTANG-MENTANG KAMU SENANG, JANGAN INGAT TUHAN BOLEH DI RASUAH, KIFARAH ADA LA..

1 comment:

  1. wow aunty, hebatnya tersentap hati saya baca.. terbaiklah aunty!!

    ReplyDelete

APA JAMINAN ANDA D LUAR SANA DARIPADA SERANGAN COVID-19?! Covid kembali menyerang..fasa ke berapa? Entahlah.. Yang pasti covid-19 dah ada...