NAMA AKU PELAJAR!
Aunty Yumee seorang yang enthusiastic, positif, dinamik dan punya wawasan yang jauh.. Wawasan penyambung warisan, wawasan gilang-gemilang,cemerlang dan terbilang untuk anak-anak tuisyennya demi anak cucu. Oleh yang demikian sesiapa sahaja yang menginjak kaki ke rumahnya, pasti cita-cita menggunung akan dipantakkan ke dalam kepala masing-masing!
Keinsafan, perjuangan, kecapaian ke kemuncak pasti ruang yang harus dipenuhi dalam minda masing-masing. Mereka harus bertanggungjawab, berdisiplin, demi mencapai puncak jaya dan menjadi seorang yang berkarismatik lagi berguna pada masa hadapan. Merekalah waris-waris yang bakal ditinggalkan,biarlah benar,biarlah betul dijalanNya..Semua itu harus digarab dari awal,dari rebung..melentur buluh biarlah dari rebung..dan kalianlah rebung itu. Harus dilentur seawal yang mungkin..Akedemik mantap tapi tiada maknanya jika kosong tiadaNya..
Keinsafan..
Lahirnya ke dunia ini ada tanggungjawab. Ada tugas. Maka carilah.. Tuhan tidak melahirkan kamu tanpa sebab. Akan kamu lalui fasa-fasa kehidupan..satu demi satu..Perubahan dari tahun ke tahun, dari masa ke semasa..Tuhan tetap Esa, Tuhan tetap Satu. Maha Berkuasa diatas segala sesuatu di mukabumi ini.. Tuhan suruh buat yang baik-baik. Apakah yang baik-baik itu? Sebab itu kamu wajib belajar. Ibaratnya sekarang kamu tidak setahun jagung..
Belajar apa?
Cari apa?
Nak cari dimana?
Insaflah,, sedarilah bahawa kita sudah terpisah daripada ibubapa diumur 2 tahun iaitu tatkala kita beecerai susuan ibu kandung. Selebihnya adalah tanggung jawab ibubapa sehingga kita dewasa dan matang fikiran. Lalu kita menangis-sendu sewaktu pisahan yang pertama itu. Ada yang terminum susu lembu.. Tetapi insaflah, ketahuilah..tangisan kita itu bukan sebab lapar, tetapi itulah permulaan perjalanan di dunia yang fana ini..Menatih-natih cari-bina kehidupan dan kemudian mencari jalan pulang semula. Adalah sunnah Nabi, memisahkan susuan tatkala umur 2 tahun. Kita menangis sepertimana tatkala kita dilahirkan ke dunia. Menangisnya kita waktu kelahiran itu kerana ketahuan dunia ini penuh pancaroba, kesedihan terpisah dari syurga, apakah aku akan dididik memikul tanggungjawabNya dan amanahNya dijalanNya, adakah aku akan dididik dengan sempurna? Dan yang paling ditangisi.. apakah aku akan kembali-balik ke sisiNya seperti aku datang dulu? Itu yang ditangiskan.. Sesungguhnya, Melayu tidak mati, Melayu balik..entiti jasad hanya makanan cacing.. Roh ke mana? Nak ke mana roh kita? Nyawa Dia punya.. yang akhirnya kita tak punya apa-apa pun,, sehelai bulu roma pun tidak mampu kita buat..jadi siapalah aku..
Kembalilah kepada surah alfatihah..
Belajar..
Kaji 7 ayat itu dalam-dalam..
HU ALLAH HU AHAD.
Perjuangan..
Perjuangan berpandukan al-Quran. Pegang Islam Quran, bukan Islam Arab yang mengelirukan lalu menimbulkan Islamafobia sejak dulu. Inilah yang terjadi di seluruh dunia berpanjangan sehingga sekarang. Siapa yang bertanggung jawab? Tepuk dada tanya selera.. Perjuangan menentang kemungkaran dan kemunafikan.. Quran kata menjelaskan kebenaran adalah para syuhada, jangan ingat berperang menegakkan Islam sahaja para syuhada..tetapi bukan mudah.. Besar cabarannya sebab setan-setan bertopengkan manusia ramai tidak kenampakan! Nampak betul tapi salah, itulah janji-janji yang dituntut oleh mereka sewaktu diturunkan daripada syurga..jadi amalkanlah Auzubillahiminasyaitanirrajiiimmm. Ya Allah, Engkau rejamkanlah segala jenis iblis dan syaitan, syaitan manusia dan syaitan jin yang mengganggu aku, mengganggu fikiran aku dan diri aku dan keluarga aku.
Kecapaian puncak
Dengan izinNya jua, kamu akan sampai ke sana..betulkan langkah, semangat tekad untuk membantu orang lain keranaNya. Berjaya keranaNya, untukNya, dijalanNya.. KeranaNya.. Maka akan berkatlah hidup kamu keranaNya jua. Jangan lupa berbudi bahasa, berjiwa dan penuh hormat dan kasih sayang. Bukan semua yang diberiNya kita punya, ada haq untuk orang lain dalam rezeki yang kita perolehi.. Maka ketahuilah sebaik-baiknya.
Jangan bersubahat dengan kemungkaran dan kemunafikan, kelak kifarahNya yang tidak terduga.
Tuntasnya, jadilah insan ..
Macam mana ??
Tugas kamu ialah belajar, jadi belajarlah.
Jadilah seorang pelajar yang berhemah..
9:40pm
28/6/2020
No comments:
Post a Comment