Apabila sakit..
Ingat mati..
Ingat dosa..
Ingat neraka..
Ingat ada pahalakah semasa di dunia?
Ingat akan adakah doa-doa titipan daripada orang-orang di dunia?
Ingat anak tunggal yang akan ditinggalkan..
Ingat kisah dulu-dulu..
Ingat kisah cinta dulu-dulu..
Ingat betapa pura-puranya cinta manusia..
Ingat betapa sengsara apabila tidak berduit
Ingat hutang-piutang yang belum langsai..
Ingat hutang, ingat kaki tak lepas
Ingat di sana hidup bagaimana..
Ingat arwah emak
Ingat arwah abah
Ingat arwah kakak
Ingat kakak-kakak..
Ingat anak-anak saudara..
Ingat anak-anak didik,
Ingat fight mereka..
Ingat travel sana-sini
Ingat suka duka kehidupan..
yang akhirnya akan bertitik noktah
Sesungguhnya semua akan teringat..
Keringat sejuk meniti liang reroma..
Aduhhh sakitnya perut..
Kembung lentung-lentang, lempung-lempang, andai bola jatuh ke atas perut ni, rasanya akan ada daya pantulan..terpantul jauh secara otomatis..
Mengapalah sakit begini,,
dah dua hari..
Tidak bermaya jadinya..
huhuhu..
Mintak panjang umur ya Tuhan Yang Esa Dewata Raya.
Tugas belum selesai,
Perjuangan belum usai..
Terutama Ardeen Fay..
Anak tunggal anugerah Allah SWT..
Semasa mengandungkannya, pernah bercakap dengan Tuhan, biarlah satu tetapi solid zahir dan batin.
Mintak baik-budi pekerti, baik hati, tau erti pengorbanan, tau bertimbang rasa, nak cerdik, nak bijaksana, nak pandai, nak pagan, nak kacak, nak manis, nak berbudi luhur, nak dengar cakap, nak pandai serba-serbi, nak dia tau menghormati, nak dia menilai kasih-sayang sejati dan bukan yang plastik atau kasih sayang yang harum sewangi kasturi, nak dia tau bahawa biarlah hidup ini diatur olehNya, Tuhan Yang Satu, Tuhan Yang Maha Sakti lagi Maha Berkuasa, Maha Suci Tuhan yang menjadikan seluruh alam, Tuhan Yang Menjadikan Matahari, Tuhan Yang Menjadikan Bulan, Tuhan Yang Menjadikan Bintang..Mintak jugak seluruh alam akan memuliakan , menghormati, memberi kasih-sayng yang tidak bertepi kepadanya..
Sesungguhnya diperjalankanNya dijalan-jalan KebaikanNya bersama-sama IzinNya KeranaNya jua.
Kasih ibu tetap.
Sayang ibu berpada-pada..
ada batas susila, kita tak ada buat cara takda, jangan usik hak milik orang..
begitulah..
Lalu terpanjatlah doa untuk si tunggal ini..
Ila Ha, Ila Ra , Ila Ma..
Terimakasih Allah
Syukur Alhamdulillah..
Aku disayangi,
Allah sayangi aku..
Allah tidak lupa akn aku,,
Takutnya aku..
Aku saaayaaaang Allah..
No comments:
Post a Comment