JAWATAN PM KE 9 DARI KACAMATA ATOQ,
CALUN-CALUNNYA IALAH...
Banyak perkara lain yang lebih utama yang harus diutamakan untuk negara ini. Antara yang paling utama ialah menganjakkan peningkatan ekonomi dan kestabilan kaum, hidup harmoni dan bertolenransi antara satu sama lain yang lebih canggih dan bermakna. Bukan lagi perebutan jawatan. Bukan lagi menuding-nuding. Justeru, Malaysia sebagai sebuah negara majmuk dalam berbagai aspek,budaya, agama dan fahaman, seharusnya pentadbir dah tahu , dah bersedia menseimbangkan norma-norma kehidupan rakyat jelata. Jarak umur, dan kehendak mereka harus dikaji selidik. Sudah-sudahlah syok sendiri! Berkecamuk tak habis-habis.. berebut-rebut nak jadi PM! Bagai ketam mengajar anaknya berjalan lurus!
Tajuk akhbar online, nampaknya Tun Mahathir masih cuba menentukan kuasa.. Apakah difikirannya, dia masih hebat? Dia masih favourite rakyat? Apa yang jelas ialah makin dia mengeluarkan kata dan statement, makin dia berlagak digeruni, maka makin ramailah yang makin mual dan makin muak.. bak kata pepatah Melayu dia ni seperti tikus membaiki labu, makin dibaiki makin rosak jadinya. Tidak adakah orang disekelilingnya menegur sedikit tentang keputusan dan pendapatnya? Atau tunduk mendungu diri,yes sir? Tidak sedarkah impaknya kepada keseluruhan Malaysia?
Atoq mencalunkkan Shafie Apdal sebagai PM ke 9,Anwar TPM 1 dan Mukriz TPM2..Katanya sah pencalunan itu dibuat bersama PAN, Warisan dan DAP. Dah berbincang, dah sepakat dah sebulat suara semasa dalam satu pertemuan di Rumah Tetamu Sabah baru-baru ini. PKR juga dikatakan bersetuju. Konon yang penting mereka punyai pendirian tegas dan rakyat tahu pendirian mereka! Konon lagi pencalunan ini boleh merapatkan hubungan Semenanjung dengan Sabah dan sarawak! Konon lagi, perjuangan untuk membersihkan kerosakan oleh kerajaan terdahulu dapat diteruskan.. Konon lagi pemimpim-pemimpin parti pembangkang tidak mengutamakan kedudukan dan jawatan!
Ironiknya, dalam sebuah kenyataan lain DAP dan PAN mahu bincang dulu..beb! Perbincangan di peringkat kepimpinan pusat kedua-dua parti itu terlrebih dahulu. Macam ada yang tak kena dan tak puas hati. Lain hulu lain parang.. PAN biasalah..mesti ikut "bos"! Semua orang tahu.. Orang bodoh macam saya pun tahu, sekilas ikan di air dah tahu jantan betinanya..cewahhh mberlagak pandailah pulak.. Tuntasnya, mana sepakatnya, mana sebulat suaranya?
Nak tanya, apa pendirian mereka ni? Apa peranan mereka? Sengsara 22 bulan!Yang jelas, mereka rasai nikmat duduk di kerisi empuk selam 22 bulan, bergaji lumayan, ada super, ada allowance ada berbagai-bagai keistimewaan duniawi, medan membantai dan berbahas perkara-perkara yang jarang-jarang mengenai kepentingan rakyat di parlimen, menunjukkan keperibadian yang tidak berhemah lagi rendah tahap budaya murni mereka. Ndak lagi kah orang-oarng begini mengepalai rakyat? Teras budaya Malaysia ialah budaya Mealyu.. dan kena tahu pulaklah Melayu tu apa.. Tetapi disanalah bermulanya nilai murni yang harus ada pada seseorang pemimpin. Pemimpin ni hamba rakyat , maka jadilah pemimpin yang berhemah tinggi! Ciri-ciri yang tiada semasa 22 bulan!
Apakah selama ini hubungan Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak tidak baik? Peliknya!
Hendak membersihkan kerosakan oleh kerajaan terdahulu?
Kerajaan 22 bulan?
Seram!
Geli geleman!
Wahai rakyat, jangan pisang berbuah dua kali..jangan mendengar guruh dilangit air dalam tempayan d curahkan..makan hati berulam jantung..beb....
Pemimpin tidak utamakan kedudukan dan jawatan.. Alahai.. lembut gigi daripada lidah ni. Kalau takda kedudukan, takda nama jawatan, jadi kita nak tahu mereka buat apa? Lagi bahaya dan mencurigakan.. Kerja di awang-awangan, macam mabuk ketum la pulak..
Oyer.. seorang pemimpin DAP yang pernah dalam G17, juga dah muak dengan ungkapan-ungkapan Atoq yang sering mengata Melayu malas! Katanya ini dah tektik lapuk.. oo rupa-rupanya tektik!!
Oyer jugak..
Apakah Shafie bakal kena kencing?
Dia kan ada kes?
Senang-senang le Atoq tendang dia , kalau tidak dengar kata..
Macam dengan Najib..bergaduh sampai nak mati, melibatkan negara pulak tu..
Dahsyat!
Lantak kau orangla....
No comments:
Post a Comment