Saturday, June 27, 2020

MELAYU BACUL! : KATA MAHATHIR

Setuju dengan pendapat Tun Carlos dalam hantaran ke FBnya baru-baru ini. Mahathir kata Melayu bacul kerana tidak mahu bersama DAP. Justeru, kalau DAP tu suci sangat, Atoq jer le yang masuk DAP! Bubarkan BERSATU! Dah tua-tua pun masih tak sedar-sedar diri. Sudah-sudahlah Atoq.. Penat dan mual dengan segala macam statement Atoq sejak semenjak ni!

Yer, suatu masa dulu, selama 22 tahun Atoq ialah seorang yang disegani seantero dunia. Di segani, dihormati, digeruni lalu kata-kata Atoq semua digunapakai tanpa ada rasa segan silu. Sebut sahaja Malaysia semua orang tau, semua kenal, semua tahu... Tetapi itu dulu..Atoq segak, tampan,bertenaga dan suara lantas ..Pergerakan celas-celus, meyakinkan! 

Dah jauh berbeza wahai Atoq..
bagai langit dengan bumi.. 
Kita dah semakin tua, bak kata Mufti Perlis dah seperti dinasaur tua!
Bak kata ramai orang pula,rumah kata pergi, kubur kata mari..

Dalam banyak hal, Atoq dah banyak melatah, dah banyak terhantuk dan sakitnya memang terasa.
Cita-cita Atoq hendak perbaiki negara ini memang murni, tetapi siapa yang mulakan akan kerosakan-kerosakan itu? Bertimbun! Masih sempatkah , wahai Atoq? Almarhum Ustaz Fadhil Noor sebelum balik pernah menyatakan bahawa andai Tun Mahathir dipanjangkan umur,ia  hanyalah untuk melihat kerosakan-kerosakan yang dilakukannya. 
Lalu apakah kerosakan-kerosakan itu?
Lalu apakah badi-badi jahanam yang ditanamnya?
Lalu mengapakah Tun beria-ia pulak mengatakan Orang Melayu bacul?
Apa hak Tun menyuruh orang Melayu tunduk kepada DAP? 
Dan kerana tidak bekerjasama dengan DAP, sewenang-wenangnya Tun menuduh orang Melayu bacul!
Perghhhh...
Sesedap mulut sesedap rasa! 

Ingat lagikakah wahai warga pembaca dan pemerhati politik tegar..Dalam banyak perkara menyentuhnya dan mengecamnya secara peribadi, Tun diam tidak bertaring! 
Kuku-kukunya tidak tersembul mencakar! Dan anihnya mereka ini dinobatkan pula ke parlimen! berbagai jawatan penting disandang mereka. Masih Tun tidak berkuasa walau dia orang penting negara! Orang nombor satu! Lantas , semasa 22 bulan PH memerintah, Tun disusun atur memerima berbagai anugerah daripada luar negara.. Bagi yang arif, itu hanyalah sebuah drama dan retorik! Bagi pengikut tegarnya, wahhhh seolah-olah dia mati hidup semula! Banyak "recognition" dari seluruh pelusuk tanah dunia.. Rupa-rupanya goyah melanda dalam selimut...

Jadi siapa yang bacul?

Tontoni video-video tokoh-tokoh DAP  yang berapi-rapi berkempen mengata ,menghasut,menghina dan mengeji Tun, tokoh-tokoh ini yang menghasut dan kata-kata yang jauh daripada kesopanan dan kesusilaan dalam prinsip Rukunegara! Antaranya ada yang kata Tun seorang yang banyak rasuah,dan disambut dengan tepuk sorak oleh hadirin tanda menyokong. Di suatu kempen, seseorang memperlekehkannya  bahawa mendiang seorang bekas Presiden sedang menunggunya untuk bermain mahjong! Menghina dan mengeji, apa Tun komen ..tiada.. ironiknya yang mengeji dan menghinanya ini diangkat menjadi Timbalan Yang DiPertua Dewan Rakyat!

 Dan semasa PH mentadbir  negara selam 22 bulan, PH jahanamkan Tabung Haji terlebih dahulu! Apa motiifnya? Dan Tun diam.. bukankah Tun terlebih bacul? Dan kemudian diikuti dengan syarikat-syarikat GLC yang lain.. Semua hak orang Melayu!!!!!! Tun kata apa??? Yelek .

Jenayah rasuah seorang Menteri pun dinobatkan. Pegang jawatan Menteri yang penting pulak tu .. Masakan boleh jadi menteri sedang kes mahkamahnya belum selesai ketika itu! Macam tiada pendirian, macam remote control! Rakyat dibodohkan! Dalam ramai-ramai yang menyumpah tu pasti ada yang makbul, maka bertahanlah selama 22 bulan sahaja.. itupun sebab Tun terlatah. Rakyat Malaysia bersyukur! Dan berbagai-bagai cara pulak oleh mereka untuk dapatkan pentadbiran semula! Ada yang bermain dibelakang tabir..Siapakah yang bacul ini? Sedangkan perlantikan PM TSMY adalah di atas daya usaha DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Dah semua sudah memberi mandat! Siapa yang ingkar dan sangat berani? Siapa pemerintah? Siapa pentadbir? Itulah pasal  Melayu kata berundurlah ketika kamu di kemuncak,nescaya kamu dihormati! Kalau tidak sasau..beb. Sepandai-pandai Tun ada jugak bodohnya.. Tuhan semesta alam, Bismillah, Kun...

Dalam pentadbiran PH , tulisan jawi pun dijadikan isu! Tun gagal mengotakan janjinya memertabat tulisan jawi di tahap 2 persekolahan. Apabila ditentang hebat oleh tokoh-tokoh penghasut, terus terdiam , tidak terkata apa, sedangkan dia seorang Perdana Menteri! Kifarah ..

Tun meluahkan rasa amat malu apabila orang Melayu percaya DAP akan hancurkan orang Melayu jika berada dalam kerajaan Malaysia.. Ehh bukan dah terbukti ker selama 22 bulan tu?

Tun kata orang Melayu mempunyai banyak kelemahan. Gagal berniaga dan perusahaan, miskin , terlibat dgn dadah, jenayah dan rasuah. Dalam penjara ppun banyak orang Melayu katanya.. Wahai Tun, siapakah penjual dan pengedar dadah ini? Tycoons.. Mereka banyak duit, boleh musnahkan masa depan anak-anak muda Melayu. Jangan terkejut atau belum dibongkar yang kebanyakan penghuni pusat-pusat tahfiz adalah puak-juak anak-anak orang ternama dan tersohor. dalam transit ke pusat pemulihan dadah atau sebaliknya. Dalam penjara ramai orang Melayu sebab mereka tertekan dengan peghidupan yang dibentangkan oleh pentabiran.. sepatutnya bertambah makmur tetapi kerakusan para pentadbir melemahkan norma-norma kehidupan mereka. Lihat anak-cucu Tun sendiri. Wang ringgit melambak, halalkah? Bahagiakah hidup mereka? Jiwa tenteramkah? Atau bercelaru jugak? Menuding tu sedap dan syok tetapi empat jari kembali kepada diri sendiri!

Omputih penipu dan bermuslihat. Bukan sahaja omputih hendakkan Tanah Melayu,malah semua yang berkuasa .. Istimewanya Tanah Melayu selagi bumi ini bersendikan "Melayu". MELAYU itu ialah dunia alam pemikiran Ketuhanan, budaya yang memerintah!

Tun bergaduh, bersengketa degan Najib, tetapi Tun heret segalanya dalam permasalahan peribadi kalian.. amat malu jugak! Kesal dengan pandangan Tun suruh orang Melayu menyokong sebuah parti munafik..

Biasalah dalam agenda politik, pasti ada yang tersembunyi.. 
Sudah-sudahlah tu..
Dah naik mual dan muak!






No comments:

Post a Comment

APA JAMINAN ANDA D LUAR SANA DARIPADA SERANGAN COVID-19?! Covid kembali menyerang..fasa ke berapa? Entahlah.. Yang pasti covid-19 dah ada...