Sunday, July 5, 2020

GENDANG PERANG..


Seluruh dunia dari benua Amerika ke benua Eropah, dari benua Asia dan keserata pelusuk dunia, sesuatu yang sangat menggerunkan lagi memusykilkan  ialah bagi golongan yang berkerja ialah kehilangan pekerjaan.. Tiap-tiap bulan menerima selepuk wang upah bekerja daripada majikan. Best! Tak kurang ada majikan yang baik hati dan prihatin memberi mereka overtime, majikan beri alaun perjalanan, penginapan malah yang berpangkat dan berpengalaman diberi drebar,dan tempat tinggal serta berbagai kemudahan...mewah dan selesa.. Ada yang bekerja sambil bercuti ke luar negara. Bawa anak bini bersuka ria..

Tetiba dunia dikejutkan dengan pandemik covid-19. Itu nama omputih cipta atau lebih tepat nama ole WHO ,singkatan daripada COrona VIrus Diseases yang menjelma pada tahun 2019 sedangkan nama sebenar mereka ialah Mariama seperti yang tertera dalam 44 Soalan Bercakap Dengan Covid oleh pakar OBE. Wan Noor Hayati Wan Alias yang punya banyak keistimewaan yang ramai tidak tau! Merugi beb, bagi yang tidak percaya MELAYU.. Tapi kami pun dah malas nak cakap banyak sebab, tetapi yang utamanya ialah Melayu beri hanya pada yang nak sahaja. Tak nak takpa, lantaklah!  

Almakanya, covid melanda, satu negara ke satu negara yang lain dengan hanya bermula di Negara China. Banyak keluh-kesah rakyat China yang kita baca..

Anak 7 tahun datang bawa makanan untuk ibu, letakkan bekalan makanan jauh dari ibu, ibu memberi tanda isyarat pelukan dari jauh dan masing2 berjuraian air mata.

Disebuah apartment, seorang isteri meraung-raung meminta tolong suaminya yang kena covid, sorang pun tak ambil peduli. Yerla, dah berjangkit, siapa nak dekat..

Seorang doktor mendedahkan wabak ini, terus hilang dari mukabumi. Entah apalah dibuat dengan doktor ni,.. siaplah punya kerja,,

Para petugas hadapan kepenatan dan bertungkus lumus menyelamatkan mangsa. Sampai tertidur tidak mengira tempat dan keselesaan.. Janji dapat tidur..

Dan banyak lagi cerita-cerita tragis akibat bala tentera covid menyerang umat manusia dan dunia! Semua di dalm ketakutan, kegentaran dan kebimbangan yanga amat sangat. Takut kerana musuh menyerang tidak nampak, gentar pula kerana tatkala penyebaran virus ini adalah sangat mild iaitu sentuh pun dah boleh berjangkit dan bimbang pula sebab umur pendek.. Siapa tak bimbang mati,  wei!!Mati pulak dalam keadaan berbungkus, tiada anak dan sanak saudara serta sahabat yang datang melawat. Betul-betul mati sebatang kara dengan diuruskan oleh orang yang tidak d kenali..tapi syukurlah yang menguruskan mereka ialah saudara seIslam..fardhu kifayah yang terpuji.

Apa yang paling ketara akibat pandemik ini ialah kehilanga pekerjaan. Pekerjaan sangat penting untuk menampung keluarga, untuk buat simpanan nak menikah, untuk simpanan hari tua, untuk melanjutkan pelajaran dan bagainya. Pendekata ada kerja, ada gaji, tiada kerja melopong sana sini..

Syarikat gergasi yang gah Airbus akan membuang 15 000 pekerjanya  akibat kesulitan kewangan. ini melibatkan seramai 5 000 di Perancis, 5 100 di Jerman, 1 700 di Britain, 900 di Sepanyol dan 1 300 lagi daripada berbagai negara d seluruh dunia! Namun Airbus ni baiklah juga kerana mereka memfokuskan kepada yang sukarela dan  yang nak bersara awal.. tapi tidaklah semudah itu rasanya memandangkan di negara-negara barat kesatuan-kesatuan pekerjan di sana sangat menitik beratkan kebajikan pekerja. Itupun kerajaan Perancis melalui Kementerian Kewangannya menyifatkan telah  pemotongan pekerjaan yang d umumkan oleh Airbus adalah keterlaluan!
Perghhh..
gah, bangga dan riak sudah dimakan oleh covid,mudahnya cixid buat kerja..

Di Malaysia, diberitakan kira-kira 650 000 majikan seluruh Malaysia hidup segan mati tak mau, bagai telur di hujung tanduk.. Nampaknya seperti melibatkan kegiatan ekonomi domestik dan antarabangsa.. Sejak Mac lalu seramai 15 000 pekerja swasta telah diberhentikan..  sedih dan terkesan.

Pulak tu gaji besar dipotong setengah! Makanya dapatlah setara dengan yang berkelulusan rendah sikit la kut..dahsyat akibat pandemik covid-19!

Relevan lagikah belajar tinggi-tinggi?
Soalan macam hamprak..Logiknya, rasionalnya..
Belum tumbuh gigi dah pandai baca kitab,
Sebab timang tinggi-tinggi..

Makin tinggi belajar, makin tak pandai..
Kalau tidak belajar tak pandai pulak,,
Lalu belajar yang bagaimanakah yang harus dituntut?
Belajarlah yang tidak riak, tidak takbur, tidak meninggi diri..
Sebab apa yang dibelajar adalah haqNya, diberi izinNya.
Terus kan menjawat jawatan besor, gaji besor..
Lantas lupa tujuan belajar adalah untuk membantu orang lain setelah mendapat yang sepatutnya, anugerahNya..


Sekian lama, manusia lupa fitrah lahir ke dunia..
Manusia lupa tugas dan tanggung jawab
Manusia lalai akan godaan syaitan yang membisikkan 3 TAA,

Inilah akhirnya covid muncul memberi peringatan..
Sangat mikro, yang hanya boleh dilihat dengan device bernama mikroskop. Itu dia boleh menyembunyikan diri..

Siapa covid?
Tunggu seterusnya..
tetapi mikroorganisma sehalus ini mampu melumpuhkan dunia dan ekonominya,
Mikroorganisma sehalus ini terkesan akan dunia politik seluruh dunia,
Mikroorganisama yang berdaya mampu menyerang manusia di setiap aspek sosio budaya dan sosio-politik,,

NANTIKAN KUPASAN SETERUSNYA...














No comments:

Post a Comment

APA JAMINAN ANDA D LUAR SANA DARIPADA SERANGAN COVID-19?! Covid kembali menyerang..fasa ke berapa? Entahlah.. Yang pasti covid-19 dah ada...