Sunday, July 5, 2020

BERPARTIAN ..
MOH KITA WEI..

PRK Chini, BN menang..
Tora datang lagi, kata Mat Sentul dalam suatu iklan jajan suatu masa lalu.. 
Begitulah dengan BN, tapi bukan tora sebarang tora. peminatnya ramai, ramai yang ketagih..

Walau penuh onak dan duri, ranjau sepanjang jalan, BN tetap menjadi pilihan hati rakyat Chini, mungkin juga seluruh Malaysia amnya.. Semua parti politikbermasalah,tetapi cara mengatasinya dengan rasional dan tindakan susulan daripada permasalahan itu yang dinilai oleh rakyat. Rakyat bukan bodho cuma dalam banyak hal buat-biat bodho jer..tengok jer,,perghati jer..

Kifarah UMNO dan ahli-ahlinya yang mungkin tidak terjangkau, tidak tau atau sambalewa atau dah terlalu pandai sehingga tidak boleh ditegur oleh akar umbi yang ada arifnya akan hal-hal kifarah atau denda yang harus ditanggung oleh UMNO dan BN. 
Di mana puncanya? 
Siapa puncanya? 
Sejak bila puncanya? 
Bolehkah diperbetuli? 
Atau apakah pisang akan berbuah dua kali?

Kalau dipaparkan disini apakah akan ada  dolak-dalik, ingkar, persoal, meremeh-temehkan, takbur dan tunjuk pandai lagi?
Jika dipaparkan disini apakah akan dibuat segera?
Jika dipaprkan disini, ada yang peduli?

Siapa Melayu?
Apa perkaitan mereka dengan Tanah Melayu?
Apa ada di Tanah Melayu ini sehingga begitu istimewa, menjadi rebutan ahli-ahli politik malah kuasa-kuasa besar dunia?

Rahsia apa yang ada di Tanag Melayu ini?
Dikatakan kebangkitan bani Ta mim adalah disini?
Bila tu?
Belum bangkit-bangkit lagikah?
Atau lalai sepanjang zaman?
3 TAA mengumpul harta, wanita dan takhta, apakah ini cita-cita utama untuk negara atau untuk peribadi?

Yang pasti Tanah Melayu tidak boleh di tadbir urus oleh bukan Melayu. 
Hanya Melayu kenal Melayu. 
Rahsia Melayu kekal rahsia sesama Melayu sahaja..

Hati-hati wahai parti-parti Orang Melayu..

No comments:

Post a Comment

APA JAMINAN ANDA D LUAR SANA DARIPADA SERANGAN COVID-19?! Covid kembali menyerang..fasa ke berapa? Entahlah.. Yang pasti covid-19 dah ada...