Friday, July 17, 2020

Beradab-bersopankah mereka?


Darsawarsa, bidang penyiaran dah canggih! Sangat canggih! Semua berita dihujung jari! Tekan jer tajuk yang dikehendaki, terpaparlah maklumat.. Melainkan pihak berkenaan malu dan arah padam semua.. ada yang begitu, bukan takda.. ada la. sebab nak tutup bukti.. Bukan dari satu organisasi media massa, malah dari berbagai syarikat dan blog,twitter dan sebagainya. Televisyen dan radio jugak. Tiada had, tiada limit..

Yang tercanggih bagi yang minat politik mereka akan menonton persidangan Dewan Rakyat secara live atau rakaman di YouTube! Dahsyat perkembangan teknologi media massa ketika ini. Dan melalui paparan-paparan media cetak pula, laporan wartawan dengan tajuk-tajuk yang catchy amat menerujakan.. Tak payah gi beli suratkahabar, tekan jer pada butang berkenaan , berbagai-bagai tajuk keluar.. Antara nak tau dan tak nak tau jer.. Antara nak baca dan tak nak baca jer .. Tapi kalau tak baca maka jadilah katak di bawah tempurong.. kalau membaca maka jadilah orang yang up to date! Hehe.. Ilmu pengetahuan dan pengasahan minda yang tidak bertepi ,dan kemudian menilainya secara negatif atu positif..

Persidangan Dewan Rakyat, telah lama dibuat secara live..
Menerujakan..melihat gelagat-gelagat ahli-ahli parlimen bersidang..
Perghhhhh..
Waahhhhhh..
Adoiiiiiiiii..
Hmmmmmmmm
Appada....

Dewan Rakyat mengikut takrifan para bijak pandai ialah tempat di mana bersidangnya ahli-ahli Dewan Rakyat yang juga dikenali sebagai Ahli Parlimen dan Ahli Yang Berhormat. Persidangan ini  bertempat di Bangunan Parlimen Malaysia di dewan yang mulia..katanya lah.. kata kebanyakan daripada mereka ahli-ahli parlimen! Tujuan mereka bersidang ialah untuk merangka semua rang undang-undang yang kemudian harus diluluskan oleh Dewan Negara jugak sebelum dihantar kepada Yang Di- Pertuan Agong untuk mendapatkan limpah perkenan Baginda! Jadi Dewan Rakyat dan Dewan Negara ni sangat besar peranannya dalam kesinambungan kestabilan, kemakmuran, keharmonian dan menjaga nilai-nilai sosio-budaya dan sosio-ekonomi negara! Arah tuju negara, ke kancah yang tidak terbuka atau ke dalam  periuk belanga yang ada penutup!

Namun begitu,
rakyat perhati,
rakyat pandang,
rakyat nilai,
rakyat dengar,
rakyat sindir,
rakyat sinis,
rakyat senyum,
rakyat tempelak,
rakyat menyampah,
rakyat mencemuh
rakyat dendam..
rakyat kata bangangnya
rakyat kata meluatnya
rakyat kata gitu pun boleh jadi wakil rakyat
rakyat kata bagimana mereka jadi wakil rakyat
rakyat tanya mereka tu bantah Raja-raja Mealyu?
rakyat mengomel seharusnya mereka terus di buang negara
rakyat pelik mereka tiada jati diri ke Malaysiaan!
rakyat rasa nak tonyoh-tonyoh semua mereka yang biadap di dalam dewan yang mulia!
rakyat nampak mereka tidak mulia
rakyat nampak mereka tidak berintigriti
rakyat nampak mereka ni tiada harga diri
tiada roh
tiada jiwa
Hanya jasad yang disertai setan..manusia bertopengkan setan!

Dah gelap dan pakai bedak pulak jadi isu..
macam budak-budak
sensitive tak tentu pasal..
kelako dah sikap ahli-ahli parlimen ni
konon berjuang?
apa yang mereka perjuangkan kalau semua dijadikan isu peribadi?
tiada garis panduan ker?
takkan mereka para bijak pandai bersikap kebudak-budakan.kut..


Maka rakyat netizen pulak bersidanglah di FB, twitter, blog dan mana-mana unsur yang boleh meluah rasa!
5 tahun sekali diberi kuasa untuk memilih dan menukar..see see look look..


Adakah Yang Berhormat-Yang Berhormat ini bertata susila, bersopan, hormat-menghormati, bertoleransi?
Melihat atau menonton hari pertama persidangan Dewan Rakyat di mana ucapan alu-aluan oleh Tuan Speaker baru Datuk Azhar, nampak sangat kebiadapan segelintir ahli-ahli parlimen. Mereka seperti
monyet terlepas kandang! Macam dalam zoo.. Begitu jugaklah pada hari-hari yang berikutnya.. Celaru serabai..

Rakyat getik melihat segelintir gelagat dan tingkah laku ahli-ahli parlimen! Benci! Terutama bariasan pembangkang, Barisan pembangkang ni semasa jadi kerajaan selama 22 tahun, begitu jugak perangai mereka. Dangkal dan cetek adab dan adat! Agaknya begitulah kalau dah makan benda-benda haram. Sifat dan budi bahasa lebih teruk daripada haiwan..
Terjerit-jerit
Terlolong-lolong macam hantu jerangkong
Kata Dewan yang mulia.
Tetapi yang ada berada dalam tu tak mulia langsung perangai
Mereka ni harus di sekolahkan semula
Mereka takda sivik minded!
Skru otak longgar!
Kurang ajar!
Macam orang gila
Mereka tiada sikap menghormati

Macam itukah pembela rakyat?
Macam itukah contoh tauladan kepada generasi muda Malaysia?
Begitukah contoh tauladan?
Tak layak pun sebenarnya ..
Sebelah kaki pun tak layak nak pijak bangunan parlimen tu!
Memang menjangkalkan!
Memang memuakkan!

Bayangkan seorang wanita terjerit-jerit!
Macam nak bergoncoh di tepi jalan berebut jantan
Apakah mereka tidak bersekolah?
Apakah mereka tidak diajar kesopanan adan kesusilaan?
Apakh mereka memang di didik sebegitu?
Tiada intergriti..

Kenyataan itu pahit..
yang nyata itu benar,
tetapi sedarlah lidah tidak bertulang..
realitinya begitulah apabila akal dikuasai nafsu serakah..
Ahli-ahli parlimen berhadapan dengan masalah moral yang parah
Dewan Negara dah seperti kandang monyet!

Diharapkan, kembalilah kepada sebuah  institusi negara yang berwibawa dan bermoral!
Diharapkan kembalilah kepada sebuah amanah rakyat yang canggih dan berintegriti lagi bermaruah!
Selamat Maju Jaya kepada semua Yang Berhormat-Yang Berhormat.
Sandanglah gelaran Datuk dan pangkat itu dengan meletakkannya ditempat yang mulia dan terpuji..













No comments:

Post a Comment

APA JAMINAN ANDA D LUAR SANA DARIPADA SERANGAN COVID-19?! Covid kembali menyerang..fasa ke berapa? Entahlah.. Yang pasti covid-19 dah ada...