ANAK2 BERTUAH AUNTY YUMEE...
Pelajar-pelajar Aunty Yumee gembira pada peringkat awal sekolah cuti akibat covid, tetapi alangkah sedihnya apabila mengetahui mereka harus duduk di rumah sahaja..nak keluar pagar rumah pun tidak dibenarkan. Farhan student Aunty Yumee mengalami kejutan ini. Farhan yang suka belajar, berumur 12 tahun merupakan pelajar cemerlang, suka datang tuisyen, tidak kira masa sebab sememangnya kelas-kelas yang Aunty Yumee kendalikan tiada had masa, omputih kata no time limit, datanglah selagi kamu termampu nak datang..no extra charges..
Maka bermulalah siri "online classes"!
Hmmmmm..kekadang suara dengar dengan jelas, kekadang jauhhhhhhhhh sayup-sayup kedengaran, seolah-olah pelajar sedang berada di kutub utara berkawan dengan polar bear..Haha.. inilah pengalaman dengan si comel Khairina lalu kawan-kawan online class memanggilnya dengan jolokan Polar Bear. Kisahnya, Khairina ni tinggal pula berdepanan dengan rumah Aqyla, pelajar tahun 6 juga. Aqyla ni, manja-manja tetapi agresif dalam pelajarannya. Hinggakan tulisannya kadang sukar di baca.. Malah Aqyla dan Khairina ni, mereka boleh terjerit-jerit dari balkoni rumah masing-masing. Aqyla dan Khairina sering bergaduh semasa online,berebut siapa jawap dulu.. acah siapa lebih pandailah tu.. Tapi suara Khairina tenggelam-timbul macam sampan terolang-aling d tengah samudera luas,tambahan pula selalu ada gangguan gigitan nyamuk..penternak nyamuk kata Deena.
Deena, pelajar tahun 6. Cantik giler..Package yang lengkap. murah senyum. Awal dulu apabila datang ke tuisyen Aunty Yumee, hati dah berkata, comelnya budak ni tetapi apabila test maths..hmmm ... jari-jemarinya asyik terkucil, yang mudah pun salah..kemudian setelah beberapa lama, Deena dah boleh mengajar rakan-rakannya..Deena yang tak kedekut senyuman, kalau sedang dimarah pun, Deena tetap mencatat sesuatu di buku notanya..dia catat isi kandungan marah Aunty Yumee, beb..kata catatannya,mulut aunty senget, habihlah apabila aunty marah, adeehhhhh, wahai aunty ampunkan kami, wahai aunty kami ingat, kami tak buat silap lagi.. wahai aunty, aunty betul.. bla bla..
Ada ker.....
Farhan, Muaz dan Iman, ini tiga jejaka idaman suatu masa nanti. Farhan pakar Mathematics. Farhan telah dinobatkan sebagai pelajar terbaik subjek Maths di sekolahnya pada tahun 2019. Tetapi Aunty Yumee selalu berpencak silat dengannya dalam mata pelajaran lain. kadang nak perang sabil pun ada.. Banyak mengelat..Paling tak suka kalau buat penulisan...
Muaz, anak yang baik.. Ketua Pengawas dan ahli olahraga sekolah. Sebelum covid, sangat aktif di padang. Tidak ada acara yang dia missed, semua ditibainya, menang pulak tu.. Anak ibu yang sangat sopan dan rival utama kepada Farhan. Muaz bersama-sama abangnya Muhaimin, bercita-cita hendak membela ibunya, seorang ibu tunggal yang juga menjaga kedua-dua atok dan neneknya yang sudah tua dan ibunya menanggung segala nafkah rumahtangga..
Iman , paling kecik dan rendah, tapi tidaklah ketot. Bibir ala-ala Angelina Jolie.. asli tau, bukan dibedah-bedah! Iman anak yang taat, berperawakan seorang agamawan adalah pembaca doa dalam apa-apa majlis di Aunty Yumee Tuition. Mengepalai doa bagi pihak rakan-rakan..
Begitupun Irene, seorang kakak sulong yang bertanggung jawab. Baru-baru ni Irene berjaya membuat 40 soalan Mathematics dalam masa setengah jam! Biar betik! Terkejut beruk Aunty Yumee! No mistakes..sambil menyelesaikan, mulutnya potpet -potpet seiring memahami soalan..okay dah, next number aunty, katanya. Perghhhhhh..
Irene ni Aunty Yumee mistaken dengan Alissa, mereka macam adik beradik, ada iras-iras.. bezanya kalau Alissa ketawa, matanya sepet dan suara perlahan .. Irene , gelak dia besar, Alissa tak, kadang bunyi macam tikus ..ceritt cerit.. hahaha.. Alissa jugak kakak sulong, bertanggung jawab terhadap adik-adik.
Rayyan, pelajar lama tapi baru masuk semula.. dah lupalah kira cara aunty..hehe, macamne aunty.. Dulu Rayyan tak suka aunty Yumee sebab garang..
Siapa jer yang suka Aunty Yumee...haha..
Guru tuisyen yang sangat garang..
Mesti attentive tatkala dia terangkan sesuatu, jangan cari pasal..
Buku boleh terbang,beb..
Tetapi, hasilnya.. memang terbukti!
Apa-apa pun anak-anak Aunty Yumee ni semua hebat-hebat belaka. Masing-masing adalah harapan masa depan untuk agama, nusa dan bangsa. Mereka pemangkin kejayaan negara pada masa depan bersama-sama dengan pelajar Malaysia yang lain. Mereka adalah kalangan pelajar yang ulung belajar cara Melayu, kembali kepada KeTuhanan!
hehe betul tu aunty! bangga saya dapat belajar dgn aunty!!
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete