INGAT EXAM LAGI TAK??
ATAU EXAM PUN DAH PKP???
Esok 19/7/2020, hari Sabtu.
Aunty Yumee Tuition Maju Cemerlang akan mengadakan ujian Bahasa Malaysia 1 dan Bahasa Malaysia 2.
Seramai 11 orang anak-anak darjah 6 dan darjah 5 akan menyertai cabaran ini..
Masa hanya 1 jam setiap paper.. Mereka dah berlatih sebelum ni.. Harap dan doa hanya kepada Allah, mereka ingat akan pesan-pesan Aunty sebelum menduduiki any papers. Ingat Tuhan! Tuhan yang Esa. Tuhan yang Satu! Itu pun nak ingatkan ker..Memang kau orang sangat-sangat bertuah!
Teruja, nak tengok bahasa penulisan Aqyla.. Aqyla ni brought up in English surroundings..jangan terkejut bahasanya.. Suatu hari bibik tadah air dan dah penuh, dia boleh laung kat bibiknya,
"Bibikkk, air dah kenyang!" Hahaha.. What say you.. kik kik kik Dahsyat hebatnya! Direct English translation! Dan menyemak kertas-kertas penulisan Bahasa Melayu Aqyla, tersangatlah menghiburkan! Hilang stress! Tapi stress nak betulkan la pulak!
Deena, gadis pingitan! Teringat lagu buai-buai ku laju dalam filem Bawang Putih, Bawang Merah, aku nak kahwin dengan anak raja.. jangan Deena kahwin dengan Raja Gopal dah le..Semoga bahasa ada peningkatan.. Jangan ada tersekat-sekat lagi...ekspresi yang tepat akan tajuk yang akan diberi nanti! Deena harus usaha kuat, usaha lebih lagi.. Usaha tangga kejayaan!
Muaz. jaga ejaan dan skop persoalan perbincangan.. Dah buat terbaik hari tu, boleh lebih baik daripada yang sudah-sudah.. Muaz Ketua Pengawas sekolah mesti buat the best! Naikkan prestasi diri.. Hebat, terbilang cemerlang dan gemilang demi ibu yang telah banyak berkorban!
Khairina, musuh utama Aqyla.. Kita nantikan keputusan mereka esok.. Khairina ni macam muka Jepun . Kalau melanjutkan pelajaran ke Jepun tu memang sangat sesuaila.. Dari kutub,berkawan dengan polar bear pada zaman PKP, tuk masa depan pergilah ke negeri matahari terbit tu pulak,ok!
Syed Syazeeb,.. handsome giler.. ada can jadi pelakun filem Hindustan, bahasa hidustani la pulak tak tau. Kental betul hati dia ni.. Marah camne pun tetap senyum padu.. Tercari-cari identiti, semuga sukses selalu!..
Haidhar.. pendiam tetapi mendengar kata. Pendengar yang baik. Pelajar baru yang harus bekerja kuat. Rajin dan tidak pertikai dalam apa pun di suruh! Haidar ni rajin datang tution dan dia minum jus asunta untuk resdungnya dan untuk tajam fikir,bijak dan pandai! Of course minum berserta dengan niat.
Alissa.. dikhabarkan tak dapat datang.. ini jangan maim-main wei! Tapi ibunya nak jugak kertas.. ok done! Garang Alissa ni. Kalau nak tanya, tanyalah.. tapi make sure faham terus semasa dia explain, kalau tak ..hmmm tunggulah habuan kata-kata hikmah daripadanya.. Deena selalu kena.. tetapi sekarang Deena dah protect diri awal-awal.. Eh ..Engkau jangan marah aku kalau aku tak faham.. haha.. menjeling jer Alissa.. Dan Alissa kalau pulak tanya soalan dengan aunty, dia dengar khusyuk dan tawadhuk.. focus.. akhirnya tatkala tanya.. faham tak? jawabnya straight, "faham aunty" .. Sonang den..
Farhan,.. ini anak pungut yang menyemputkan Aunty Yumee.. Maths takda masalah. Superb! Akan tetapi subjects lain kecut perut ,wei.. Sekarang memang tengah pulun Science dan hal-hal penulisan! Suka membuat finale penulisan yang tak finale.. melalut.. Dulu sebelum bengkel sains dibuat, dia jawab sains kertas 2 ikut suka dia jer.. Teringat satu soalan tentang ketahanan bahan dan struktur jambatan kayu.. apakah pemerhatian pada jambatan kayu selepas setahun? Tau apa dia jawab.. "Hancur." Tepuk dahi semak kertas dia.. adeehhh !! Dah warning dah,, dah warna merah ,beb
Asyraf, Fitra, Umar Azim adalah anak-anak darjah 5.
Sajer nak beri pendedahan.. supaya nantinya tak terkejut!
Umar Ajeem , jangan buat-buat leher angsa ok.. taulah awak bestie Fitra. Fitra pulak jangan beri clue.. ini best friend satu macam, didudukkan jauh-jauh pun , tapi tak sedar, tak perasan bila si Ajeem tetiba berada dekat Fitra! Magic betul!
Aunty Nynna menyediakan RM50 untuk sesiapa yang dapat markah 95% ke atas!
Aunty Yumee menyediakan RM50 untuk sesiapa yang dapat markah 95% ke atas untuk soalan-soalan tatabahasa.. soalan susah jugak tu..
Anak-anak bertuah ni semua, dulu takut dengan aunty Yumee, rumours kata Aunty garang.. tetapi setelah kenal Aunty, kalau dah datang rumah susah nak balik..ada jer cerita ..
memang mereka bertuah..
sangat bertuah
selalu berada didalam kubu Allah!
selalu berada di dalam rahmat Allah!
mereka antara anak-anak bakal pemangkin negara suatu masa nanti!
pewaris dan pelapis..
insyaAllah..bersama izinNya
diperjalankanNya dijalan-jalan KebaikanNya bersama IzinNya KeranaNya jua serta di permudahkanNya segala urusan KeranaNya jua..
aamiin ya rabb..
Allah memberkati kalian!
All the best!
Di bawah ni kertas soalan yang dah siap menanti tuan-tuannya!
Yang dua lagi ialah tulisan anak didik Aunty Yumee Imran yang baru berumur 5 tahun!
Dalam tempoh sebulan sahaja, Imran dah boleh membaca dan menulis dengan tertib!
Syabas Imran!



No comments:
Post a Comment