Sunday, November 3, 2019
BERPOLITIK?
Dalam arena politik bermacam-macam game ada, antara faham dan tidak jer.. Ada yang lurus bendul, ada yang selamba tegar pepat, ada yang berlagak pandai dan bodoh sombong, ada yang ikut-ikutan, tidak kurang yang bertegang urat menegakkan apa yang disuruh dan difikir benar.. begitulah..
Tau apa itu politik?
Untuk mudah faham politik ialah seteru,konflik dan kerjasama..
Ada pro and cons..
Kekadang berpolitik tidak habis-habis, sampai lupa hal-ehwal kebajikan rakyat.
Kalau ada peruntukan untuk rakyat, hanya di hujung- hujung nyawa baru sampai, tapi taklah semua, tetapi kebanyakannya..
Namun, jika matang terbuka, politik adalah suatu seni dalam sesebuah pemerintahan, politik juga sebagai suatu urusan masyarakat, politik juga d lihat sebagai sebuah kompromi dan konsensus dan sudah tentu fakta terakhir ialah kekuatann dan kuasa!
Seni yang dimaksudkan ialah seni di bidang kuasa dapat konrol minda masyarakat dalam membuat berbagai-jenis undang-undang mengikut acuan mereka sendiri.
Untung berpolitik.
Cara cepat atau jalan pintas untuk orang-orang politik kaya-raya.
Sah dapat kuasa dan kekayaan diri. Selain daripada itu, popular,famous kerna selalu di dada-dada akhbar, boleh melancong sementelah jika memegang jawatan utama dalam sesebuah kementerian. Boleh kumpul harta dan kesenangan hidup. Kuasa kuasa kuasa.. semua orang cari..
Kadang babi terbang pun, orang boleh percaya..
Tidak enaknya berpolitik.
Mana enaknya kalau asyik kena hentam jika tidak tertunai janji,asyik kena trol? Oleh sebab itu, menjadi ahli politik, jiwa kena kental, minda dah set haram halal mesti langgar jer.. tidak peduli.
Tuntasnya, politik negatif hanyalah suatu retorik untuk menjahanamkan sesuatu bangsa sesebuah negara dengan bersendikan pembangkang dan pentadbir sesebuah kerajaan. Pembangkang mencari salah sepanjang masa walaupun perkara itu baik untuk masyarakat dan rakyat. Sebaliknya jika politik jujur dan jernih positif, maka tiada sambutan pula..tiada umphh. Maka timbulah istilah politik kotor dan politik biadap sepertti yang diamalkan oleh kebanyakan negara..
Subscribe to:
Comments (Atom)
APA JAMINAN ANDA D LUAR SANA DARIPADA SERANGAN COVID-19?! Covid kembali menyerang..fasa ke berapa? Entahlah.. Yang pasti covid-19 dah ada...
-
Apabila sakit.. Ingat mati.. Ingat dosa.. Ingat neraka.. Ingat ada pahalakah semasa di dunia? Ingat akan adakah doa-doa titipan daripa...
-
MELAYU BACUL! : KATA MAHATHIR Setuju dengan pendapat Tun Carlos dalam hantaran ke FBnya baru-baru ini. Mahathir kata Melayu bacul kerana...